SEBUTHARGA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DALAM KAWASAN HUTAN LIPUR ULU BENDUL BAGI KAWASAN YANG DISELENGGARA OLEH MAJLIS DAERAH KUALA PILAH -S001/2024

Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dengan pengkhususan berkaitan,dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat (SSM) serta masih dibenarkan membuat Sebut Harga pada masa ini untuk menjalankan perkhidmatan berikut :-

Tajuk Perkhidmatan Syarat Kelayakan Tarikh, Masa & Lokasi Pendaftaran dan Pembelian
Borang Sebutharga
Tarikh Tutup Tender/
Sebutharga
Sebutharga Kerja-Kerja Pembersihan Dalam Kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul Bagi Kawasan Yang Diselenggara Oleh Majlis Daerah Kuala Pilah

Kementerian Kewangan

Kod Bidang :
221002-
Pembersihan Bangunan Dan Kawasan

Dan

Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pembekal Yang Berminat Boleh Mendaftar Dan Membeli Di Kaunter Hasil MDKP Mulai
2 Februari 2024  Sehingga
16 Februari 2024

Masa : 8.00 Pagi Hingga 4.30 Petang

Sila Kemukakan Dokumen Asal Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan Dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Semasa Pendaftaran (Untuk Pengesahan)
 

Harga Dokumen Sebutharga : RM50 Senaskah

Tarikh :

16  Februari 2024
 

Masa :
12.00 Tengahari

2.   Lawatan Tapak:

–    Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai  lawatan tapak.

Tarikh                :    1 Februari 2024 (Khamis)

Pendaftaran     :       9.00 pagi -10.00 pagi

Tempat             :      Dewan Bandaran MDKP.

Taklimat           :      9.00 pagi.

 

3.  Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah di bawah tanggungjawab pembekal.

4.  Syarikat yang ingin memasuki Sebut Harga hendaklah menyediakan Wang Tunai / Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Draf yang dibuat atas nama ”YANG DIPERTUA MAJLIS  DAERAH  KUALA  PILAH”  dan  bayaran  Dokumen  Sebut  Harga  tidak  akan dikembalikan.

5.  Wakil syarikat hendaklah membawa surat wakil yang sah beserta Sijil ASAL semua Dokumen seperti yang disyaratkan diatas.

6.  Tawaran   Sebut   Harga   hendaklah   menggunakan   sampul   surat   berlakri   dan dimasukkan  ke  dalam  Peti  Tender  A  di  Tingkat  1,  Bahagian  Kejuruteraan  dan Bangunan  serta  meletakkan  Tajuk  Sebut Harga  di  kiri  sampul surat  berlakri  dan dialamatkan kepada :

                         BAHAGIAN PELESENAN DAN KESIHATAN AWAM

                                 MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

                   72009 KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

7.  Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada Sebut Harga yang tidak berjaya.

8.  Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian: Tel : 06-4812075 / 06-4814025 dan Fax : 06-4811042.