BAHAU, 13 November 2025 (Khamis) – Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Sembilan 2025, Alhamdulillah, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sekali lagi melakar kejayaan apabila menerima Anugerah Bandar Mampan Tahun 2024.
Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh YB Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan.
Penghargaan Bandar Mampan ini merupakan pengiktirafan di atas segala usaha dan keringat Warga Majlis Daerah Kuala Pilah, Ahli Majlis dan Warga Kuala Pilah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti selaras dengan matlamat pembangunan lestari.
Markah yang diperolehi untuk tahun 2024 adalah sebanyak 94.89%. Insyaallah, Majlis Daerah Kuala Pilah akan terus melaksanakan visi dan misi bagi memastikan sasaran Perbandaran Tahun 2035 yang selaras dengan kriteria pembangunan mampan akan dapat dicapai dengan kerjasama semua warga penduduk Kuala Pilah.


