
Sesi libat urus Bazar Ramadan 2026 Majlis Daerah Kuala Pilah telah diadakan pada 4 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Dato’ Bahaman Shamsudin sebagai persiapan awal bagi memastikan perjalanan bazar tahun ini lebih teratur dan lancar.
Sesi ini memberi penerangan kepada para peniaga mengenai syarat, pematuhan, aspek kebersihan serta keselamatan sepanjang tempoh operasi. Pada sesi ini juga, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah dan Bank Islam Cawangan Kuala Pilah turut hadir dan memberi penerangan.
Pihak Majlis berharap supaya semua pihak dapat bekerjasama bagi mewujudkan suasana bazar yang selesa, selamat dan memberi manfaat kepada peniaga serta pengunjung.