Sesi Libat Urus daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

26 Ogos 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah menerima sesi libat urus daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Negeri Sembilan. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP, bertempat di Pejabat Majlis Daerah Kuala Pilah.

Kunjungan ini turut disertai dengan sesi perbincangan yang menyentuh beberapa perkara antaranya:

1. Membincangkan Hasil Negeri bersama Majlis Daerah Kuala Pilah

2. Membincangkan usahasama yang boleh dilaksanakan antara MDKP dan LHDN

Pihak MDKP amat menghargai sesi perkongsian ini dan berharap untuk meneroka peluang kerjasama yang lebih lanjut demi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kami kepada masyarakat.

image
image
image