Mengadakan sesi perbincangan bersama Puan Nawal Mohamed Amin, Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Pilah bersama pegawai-pegawai yang terlibat mengenai perkembangan terkini penganjuran Pesta Bola Ngoca 2025. Pesta ini merupakan acara tahunan yang dinantikan oleh warga Negeri Sembilan dan pelancong dari dalam serta luar negara.
Perbincangan tertumpu kepada penambahbaikan dan pembaharuan yang akan dilaksanakan demi menjamin keselesaan pengunjung, di samping memastikan suasana pesta terus meriah, tersusun dan menarik.
Sudah tentu pelbagai acara baharu yang lebih segar dan mencabar bakal diketengahkan untuk tahun ini, menjadikan Pesta Bola Ngoca bukan sahaja sebuah acara kebudayaan dan sukan tradisi, tetapi juga sebagai platform pelancongan yang mampu mengangkat Kuala Pilah di peta pelancongan negara.




