TAWARAN SEBUT HARGA G1

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 Serta Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2026 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-

Bil.

Rujukan MDKP

No. Sebut Harga

Projek

Gred & Pengurusan

Tarikh Tutup/ Jam

Harga Dokumen

1.

MDKP.NS

04.400-7/2026

-01

S01/2026

MENAIK TARAF RUANG

PEJABAT

PENTADBIRAN SERTA

LAN-LAIN KERJA

BERKAITAN Dl

PEJABAT MAJLIS

DAERAH KUALA PILAH

Kategori : B &

CE

Pengkhususan

B04 & CE21

Kementerian Kewangan :

210101,210102,

210105

20

Januari

(Selasa)

2026

12.00 t/hari

RM 50.00

2.0      Lawatan Tapak:

         Tarikh               :           12hb Januari 2025 (Isnin)

         Pendaftaran     :           9.30 pagi -10.30 pagi

         Tempat            :           Dewan Bandaran, MDKP.

         Taklimat           :           9.30 pagi.

3.0      Syarat:

3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga.

3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, dan Perakuan Pendafiaran Kontraktor (PPK) sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat tersebut dan wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.

3.3  Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB, PKK dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.

3.4 Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan

3.6 PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK  (BPKU) dan Iain-Iain dokumen Yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK/TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.

3.7 Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

4.0.    Dokumen Sebutharqa

4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred Gl dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 13hb Januari 2026 (Selasa) sehingga 19hb Januari 2026 (Isnin) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.

5.0.    Tarikh Tutup:

20hb Januari 2026 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

6.0 Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.

7.0 TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020.