TAWARAN SEBUT HARGA G3 – S19/2025

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G3 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2025 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-

 

Bil

Rujukan MDKP

No.

Sebut

harga

Projek

Gred & Pengkhususan

Tarikh Tutup

/Jam

Harga Dokumen

1.

MDKP.NS 04.400-7/2025

-98

 S19/2025

MEMBINA BAHARU PASAR SEMENTARA DI TEBAT KERING DAERAH KUALA PILAH, MD KUALA PILAH

GRED G3

Kategori : B,CE, E

Pengkhususan

B04,CE21 & E11

20

November

(Khamis)     2025

@

 12.00 t/hari

RM 100.00

 

2.0       Lawatan Tapak:

                        Tarikh              :           12hb November 2025 (Rabu)

                        Pendaftaran    :           9.00pagi -10.00pagi

                        Tempat            :           Dewan Bandaran, MDKP.

                        Taklimat          :           9.30pagi.

 

3.0       Syarat:

3.1     Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga. Kontraktor perlulah mendaftar sebelum membeli Borang Sebut Harga.

3.2     Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan.  HANYA PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat tersebut dan wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.

3.3     Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB, PKK dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.

3.4       WAJIB membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

3.5   Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan.

3.6   PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB),PKK (CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK /TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.

3.7     Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.  Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

 

4.0.      Dokumen Sebutharga

4.1       Harga dokumen sebutharga bagi Gred G3 dijual dengan kadar: RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja).   

4.2     Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 13hb November 2025 (Khamis) sehingga 19hb November 2025 (Rabu) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.   

 

5.0.      Tarikh Tutup:

20hb November 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)Sijil Taraf Bumiputera (STB), SSM dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti sebut harga Majlis Daerah Kuala Pilah.

 

6.0     Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana   sebutharga yang berpatutan.

 

7.0     TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh  Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020.