Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G2 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2025 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-
|
Bil |
Rujukan MDKP |
No. Sebut harga |
Projek |
Gred & Pengkhususan |
Tarikh Tutup /Jam |
Harga Dokumen |
|
1. |
MDKP.NS 04.400-7/2025 -17 |
S01/2025 |
KERJA-KERJA RUTIN BAGI PEMBERSIHAN LONGKANG MONSUN DI TAMAN WIRA JAYA, TAMAN SETIA KASIH, TAMAN PILAH JAYA, TAMAN SEMA, TAMAN TEBAT KERING DAN TAMAN KIAN GUAN, KUALA PILAH
|
GRED G2 Kategori : CE
Pengkhususan
CE21 ATAU CE32 |
5 Mac 2025 (Rabu) @ 12.00 t/hari |
RM 50.00 |
|
2. |
MDKP.NS 04.400-7/2025 -18 |
S02/2025 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TAMAN FATIMAH FASA 2, KUALA PILAH
|
GRED G2
Kategori : CE
Pengkhususan
CE01 & CE21 |
||
|
3. |
MDKP.NS 04.400-7/2025 -24 |
S04/2025 |
KERJA MENGECAT SEMULA LANTAI DI KOLAM MANDI SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAMAN REKREASI ULU BENDUL, KUALA PILAH |
GRED G2
Kategori : B,CE
Pengkhususan
B04 & CE21 |
2.0 Lawatan Tapak:
Tarikh : 26 Februari 2025 (Rabu)
Pendaftaran : 9.00 pagi -10.00 pagi
Tempat : Dewan Bandaran, MDKP.
Taklimat : 9.00 pagi.
3.0 Syarat:
3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga.
Kontraktor perlulah mendaftar sebelum membeli Borang Sebut Harga.
3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran
pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian
Kewangan, dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat
tersebut dan wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.
3.3 Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian
borang di kaunter MDKP.
3.4 WAJIB membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang
3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan
3.6 PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB), PKK (CIDB),STB
(BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK /TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan
dibuat untuk tindakan undang-undang
3.7 Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah
atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
4.0. Dokumen Sebutharga
4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G2 dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia
Lima Puluh Sahaja).
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 27 Februari 2025 (Khamis)
sehingga 4hb Mac 2024 (Selasa) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00
petang hingga 4.00 petang.
5.0. Tarikh Tutup:
5 Mac 2025 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.
6.0 Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.
7.0 TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020
8.0 Kerjasama dan penyertaan tuan diucapkan terima kasih.