Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub-bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai sebut harga berikut:-
| NO. SEBUT HARGA | TAJUK SEBUT HARGA | SYARAT KELAYAKAN | TARIKH, MASA DAN TEMPAT TAKLIMAT |
HARGA, TEMPAT DAN TARIKH JUALAN DOKUMEN |
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA | |||
| S03/2025 | CADANGAN PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN BANGUNAN DEWAN DAN PEJABAT MAJLIS DAERAH KUALA PILAH |
Kementerian Kewangan Kod Bidang 220301 |
Tarikh : 26 Februari 2025 (Rabu) Masa : 10.00 Pagi |
Harga Dokumen : RM 50.00 Tempat Jualan: Kaunter Hasil, MDKP |
5 Mac 2025 (Rabu) ‘@ 12.00 T/hari | |||
|
Tarikh Jualan: 26 Februari 2025 (Rabu) – 4 Mac 2025 (Selasa) |
||||||||
|
Perkhidmatan/ Penyelenggaran (Window, split, Berpusat) Atau CIDB M01 |
||||||||
| Tempat : Dewan Bandaran, MDKP | ||||||||
2. Tawaran Sebut harga hendaklah dihantar menggunakan sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan serta meletakkan Tajuk Sebutharga di kiri sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:
Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan Majlis Daerah Kuala Pilah
72009 Kuala Pilah
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
3. Dokumen Sebut harga boleh didapati semasa waktu pejabat bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Kaunter Hasil, Majlis Daerah Kuala Pilah. Lawatan Tapak adalah diwajibkan dan hendaklah melapor diri pada tempat, masa dan tarikh yang ditetapkan.
4. Hanya penama atau wakil syarikat yang menghadiri lawatan tapak Sahaja dibenarkan untuk membeli borang Sebut Harga.
5. Hendaklah membawa cop syarikat, sijil asal SSM, CIDB dan Kementerian Kewangan Malaysia semasa menghadiri lawatan tapak dan pembelian borang di kaunter Hasil MDKP.
6. Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang tawaran Iain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada sebut harga yang tidak berjaya.
7. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau mana- mana sebut harga yang berpatutan.
8. TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020.
9. Kerjasama dan penyertaan tuan diucapkan terima kasih.
Sekian.