TAWARAN SEBUT HARGA MEMBEKAL PEMBAHARUAN INSURANS KENDERAAN MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub-bidang  yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai sebutharga berikut:

Bil.

No. Rujukan

Butiran Tawaran

Tempoh Kontrak

Pengkhususan

Harga Dokumen

Tarikh Tutup

1.

MDKP 193/10/2022-
074

CADANGAN MEMBEKAL PEMBAHARUAN INSURANS KENDERAAN MAJLIS DAERAH KUALA PILAH BAGI TAHUN 2023

1 Tahun

221801
atau 221802

RM50.00

23.12.2022
@ 12.00
tengahari

2.    Syarat:        

        2.1   Hanya pembekal yang berdaftar dengan MDKP sebelum tarikh tutup sebutharga layak menyertai tawaran sebutharga.
        2.2   Hendaklah membawa sijil asal SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia ketika pembelian borang di kaunter Hasil MDKP.

        2.3   Mempunyai kod bidang:

                 221801 –  Syarikat Insurans (Perlu Lesen Bank Negara) atau;

                 221802 — Broker lnsurans (Perlu Lesen Bank Negara)

        2.4   Membawa cop syarikat bagi memudahkan urusan membeli dokumen sebut harga.

        2.5   Pemalsuan butiran di dalam Borang Pendaftaran, Dokumen Sebutharga dan Dokumen Berkaitan seperti  SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia adalah tidak layak dan terbatal.

        2.6   Dokumen sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. MDKP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak akan terikat menerima tawaran  terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

3.   Harga  dokumen sebut harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Dokumen sebut harga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 19/12/2022 hingga 23/12/2022.

4.   Tarikh tutup: 23/12/2022 jam 12.00 tengah hari. Sebut harga hendaklah disertai dengan salinan SSM dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah serta dimasukkan ke dalam peti tender MDKP.

5.   Majlis  tidak  terikat  untuk  menerima  sebut  harga  yang  paling  rendah atau mana-mana sebut harga yang berpatutan.

    RALAT