TAWARAN SEBUT HARGA-MEMBEKAL PREMIX SEJUK (COLDMIX) BAGI TUJUAN SELENGGARAAN JALAN RAYA DI KAWASAN MAJLIS DAERAH KUALA PILAH-S46/2022

Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub-bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai  sebut harga berikut:-

Bil No. Rujukan No. Sebut
harga
Butiran Tawaran Pengkhususan Tarikh Tutup/ Jam
1. MDKP 193/10/2022
-053
S46/2022 CADANGAN MEMBEKAL PREMIX SEJUK (COLDMIX) BAGI TUJUAN SELENGGARAAN  JALAN RAYA DI KAWASAN MAJLIS DAERAH KUALA PILAH 090101 2 November (Rabu) 2022
@
12.00 t/hari

2.     Syarat:

         2.1   Hanya pembekal yang berdaftar dengan MDKP sebelum tarikh beli borang sebut harga layak menyertai.

         2.2    Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia ketika pembelian borang di kaunter MDKP.

         2.3    Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan urusan membeli dokumen sebut harga.

         2.4    Mempunyai kod bidang:  090101 — Bahan Binaan

      2.5  PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran, Dokumen Sebut Harga dan Dokumen Berkaitan seperti SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia adaIah TIDAK  LAYAK /TERBATAL.

        2.6   Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,keIewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

3.    Dokumen Sebutharga

       3.1   Harga dokumen sebutharga dijual dengan kadar: RM50.00 (Lima Puluh Sahaja).

       3.2  Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 26hb Oktober 2022 (Rabu) sehingga 1 November 2022 (Selasa) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.

4.   Tarikh Tutup: 2 November 2022 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan SSM dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah serta dimasukkan ke dalam peti tender MDKP.

5.   Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.