TAWARAN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI BANGUNAN MILIK MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah Kod Bidang 220801 KAWALAN KESELAMATAN, mempunyai lesen Kementerian Dalam Negeri serta masih dibenarkan membuat sebut harga pada masa ini untuk menjalan perkhidmatan berikut:

  1. PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI BANGUNAN MILIK MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Dokumen sebut harga boleh didapati semasa waktu pejabat bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Kaunter Hasil, Majlis Daerah Kuala Pilah. Lawatan Tapak adalah diwajibkan dan hendaklah melapor diri pada tempat, masa dan tarikh yang ditetapkan.

Dokumen sebut harga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat, Sijil Kewangan Malaysia, Sijil Taraf Bumiputera (STB), SSM dan Lesen KDN yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

Tarikh Tutup : 27hb Julai 2026 (Isnin) jam 12.00 tengah hari.