1. Sebutharga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat (SSM) serta masih dibenarkan membuat Sebutharga pada masa ini unutk menjalankan perkhidmatan berikut :
|
Bil. |
Rujukan MDKP |
No. |
Projek |
Tarikh Tutup |
|
1. |
MDKP.NS.03.400-5/6/14 |
S32/2022 |
Sebutharga Penyewaan Tandas Awam Milik Majlis Daerah Kuala Pilah 1. Tandas Awam Taman Rekreasi Jalan Bukit 2. Tandas Awam Dataran Kuala Pilah 3. Tandas Awam Medan Selera Kuala Pilah 4. Tandas Awam Perhentian Bas Kuala Pilah 5. Tandas Awam Pasar Awam Baru Kuala Pilah 6. Tandas Awam Bazar 1Malaysia 7. Tandas Awam Taman Rekreasi Ulu Bendul (Di Bawah UB Cafe) 8. Tandas Awam Bazar Taman Rekreasi Ulu Bendul (Di Sebeleah kolam mandi) |
5 Ogos 2022 12.00 t/hari |
2. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Sebutharga di atas adalah di bawah tanggungjawab pembekal.
3. Syarikat yang ingin memasuki Sebutharga hendaklah menyediakan Wang Tunai/Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Bank Draf yang dibuat atas nama “YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH” dan bayaran Dokumen Sebutharga tidak akan dikembalikan.
4. Wakil syarikat hendaklah membawa surat wakil yang sah beserta Sijil ASAL semua Dokumen seperti yang disyaratkan di atas.
5. Tawaran Sebutharga hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender A di Tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan serta meletakkan Tajuk Sebutharga di kiri sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:
BAHAGIAN PELESENAN DAN KESIHATAN AWAM
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
6. Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat menerima Sebutharga yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada Sebutharga yang tidak berjaya.
7. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian :
Tel : 06-4812075 / 06-4814025 dan Fax : 06-4811042