1. Tawaran sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub-bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai sebutharga berikut :
|
Bil. |
Rujukan MDKP |
Butiran Tawaran |
Pengkhususan |
Tarikh Tutup |
|
1. |
MDKP 193/10/2022-26 |
Membekal, memasang, menghantar dan mentauliahkan satu unit tailgate 1.5 ton pada lori penguatkuasa (NBL 759) milik Majlis Daerah Kuala Pilah |
110104 atau 110302 |
08/09/2022 12.00 t/hari |
2. Syarat :
| 2.1 | Hanya pembekal yang berdaftar dengan MDKP sebelum tarikh tutup sebutharga layak menyertai tawaran sebutharga. |
| 2.2 | Hendaklah membawa sijil asal SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia ketika pembelian borang di Kaunter Hasil MDKP. |
| 2.3 |
Mempunyai kod bidang : 110104 – Lori, atau 110302 – Alatganti / Aksesori Jentera Berat |
| 2.4 | Membawa cop syarikat bagi memudahkan urusan membeli dokumen sebutharga. |
| 2.5 | Pemalsuan butiran di dalam Borang Pendaftaran, Dokumen Sebutharga dan dokumen berkaitan seperti SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia adalah tidak layak dan terbatal. |
| 2.6 | Dokumen sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. MDKP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak akan terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran. |
3. Lawatan tapak
| Tarikh | : | 1 September 2022 (Khamis) |
| Masa | : | 10.00 pagi |
| Tempat | : | Stor MDKP, Ulu Maasop |
4. Dokumen sebutharga
| 4.1 | Harga dokumen sebutharga RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) |
| 4.2 | Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 01/09/2022 hingga 07/09/2022. |
5. Tarikh tutup : 08/09/2022 jam 12.00 tengah hari
6. Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana sebutharga yang berpatutan.