1. Pengenalan
Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi.
2. Objektif
- Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
3. Tanggungjawab Dan Bidang Tugas Unit Audit Dalam
- audit pengurusan kewangan yang merangkumi pemeriksaan terhadap:
- sistem
- dalaman; dan
- rekod kewangan
- untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.
- audit prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.
4. Bidang tugas Unit Audit Dalam adalah untuk:
- Melaksanakan audit pengurusan kewangan bagi menentukan ia telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan merangkumi pemeriksaan terhadap:
a. kawalan dalaman meliputi kewangan dan operasi
b. rekod kewangan; dan
c. sistem
- Melaksanakan penilaian terhadap pengurusan program/projek/aktiviti termasuk sistem ICT sesebuah Organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.
- Menilai kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewanagn dan kawalan dalaman termasuk pelan pengurusan risiko dan tatakelola Organisasi
- Menilai tahap pematuhan terhadap dasar, arahan dan peraturan melibatkan kewangan dan operasi Organisasi termasuk pengurusan program/projek/aktiviti serta sistem ICT bagi memastikan ia telah diuruskan dengan teratur dan cekap selaras dengan objektif yang ditetapkan
- Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Pegawai Pengawal
- Membentangkan Rancangan Audit Tahunan dan hasil pengauditan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit
- Melaporkan kepada Pegawai Pengawal hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan (pembetulan atau penambahbaikan) diambil oleh Auditi terhadap perkara yang dibangkitkan
- Melaporkan penemuan audit yang berkemungkinan mempunyai unsur pembaziran, pemborosan, penyelewengan, penyalahgunaan, ketirisan dan kecuaian kepada Pegawai Pengawal
- Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan membentangkan laporan meliputi perkara berikut:
a. status perancangan dan pencapaian Rancangan Audit Tahunan
b. penemuan audit yang signifikan dan tindakan susulan yang diambil
c. statistik dan status tindakan terhadap penemuan audit; dan
d. halangan dan kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan pengauditan (sekiranya ada)
- Memberi khidmat perundingan mengenai kawalan dalaman terhadap pengurusan kewangan, program/projek/aktiviti termasuk sistem ICT dan keberkesanan pelan pengurusan risiko di Organisasi; dan
- Mengunci masuk dan mengemas kini maklumat pelaksanaan pengauditan termasuk sumber manusia dalam sistem elektronik pemantauan audit dalam.