Unit Korporat

1.  PENGENALAN

  • Bahagian Korporat dan Pelancongan bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan perhubungan awam, pengurusan majlis rasmi, pengurusan aduan dan kemudahan awam termasuk aduan awam dan pelancongan.

 

2.  OBJEKTIF

  • Bahagian ini menjaga persefahaman dan memelihara hubungan awam secara efektif dengan cara melibatkan pihak luar dan dalaman Majlis Daerah Kuala Pilah. Bahagian ini juga menjadi jambatan penghubung yang menyampaikan maklumat berkaitan Majlis Daerah Kuala Pilah kepada orang awam dan agensi luar.

 

3FUNGSI BAHAGIAN

  • Pengurusan Aduan Awam
    Menyelaras dan mengurus aduan awam yang diterima oleh Majlis mengikut prosedur piawaian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dengan memastikan setiap aduan diberi maklum balas yang cepat, profesional dan berkesan.
  • Urus Setia Jawatankuasa Permasalahan Rakyat
    Bertindak sebagai urus setia kepada jawatankuasa yang menangani permasalahan rakyat di bawah pentadbiran Majlis, termasuk menyediakan laporan berkala, dokumentasi isu serta tindakan susulan.
  • Pengurusan Perhubungan Awam dan Majlis Rasmi
    Merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai bentuk majlis rasmi dan tidak rasmi Majlis seperti pelancaran, perasmian, sambutan, serta majlis keramaian yang melibatkan pemimpin masyarakat dan agensi berkaitan.
  • Penyediaan dan Pengurusan Bahan Publisiti
    Mengurus penyediaan kenyataan akhbar, artikel promosi, poster digital, dan bahan komunikasi lain untuk disiarkan melalui pelbagai medium termasuk laman web rasmi Majlis, media sosial (Facebook, Instagram, Tiktok), serta saluran e-mel rasmi.
  • Hubungan dengan Media
    Menjalin kerjasama yang erat dengan pengamal media bagi memastikan liputan positif terhadap aktiviti, program dan dasar Majlis, serta menjadi penghubung dalam menguruskan permintaan liputan dan temu bual rasmi.
  • Pengurusan Kemudahan Majlis
    Menyelaras tempahan, penyelenggaraan dan penyewaan fasiliti Majlis seperti Dewan Orang Ramai dan Mini Stadium Kuala Pilah bagi memastikan penggunaannya yang optimum dan berkesan.
  • Promosi Pelancongan Daerah
    Merancang dan melaksanakan kempen promosi pelancongan melalui penghasilan bahan promosi, penganjuran acara pelancongan, serta penyertaan dalam ekspo atau karnival pelancongan peringkat negeri dan kebangsaan dengan tujuan memperkenalkan Kuala Pilah sebagai destinasi pelancongan bersejarah dan budaya.